Program Lonjakan Aplikasi Sistem Fish Site Identification (FSI) Tuna telah diadakan pada 24 September 2020 bertempat di Hotel Grand Dormani Rajah Court, Kuching, Sarawak. Program ini merupakan siri yg keempat iaitu yang terakhir utk tahun ini selepas 3 siri sebelumnya iaitu di Kota Kinabalu, Tok Bali dan Sitiawan. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi penerangan penggunaan sistem FSI kpd pengusaha dan nelayan terutamanya utk alatan pukat jerut, bubu dan rawai dalam pencarian ikan tuna di lautan. Program ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yang turut merupakan pasukan projek dalam membangunkan sistem ini.